sweet memories at SK Limpoon (1)
Thursday, October 14, 2010
Dugaan Ku
Sepanjang bersekolah di SK Limpoon 1,tak pernah aku hadapi dugaan seberat ini.tetapi,disebalik dugaan tersebut tersembunyi hikmahnya apabila orang yang aku benci tetiba menjadi kawanku dan sentiasa menyokong ku.tapi sebalik pula orang yang aku sangkakan baik dan boleh dipercayai,kini mengkhianatiku.aku tidak sangka akan berlaku perkara sebegini.rakanku memberitahuku bahawa ada orang hendak mengenakan ku.memang hati terasa panas tapi aku tidak akan terpadaya dengan helah mereka.mereka juga sengaja mahu melibatkan aku walaupun aku tidak ada kena mengena sekarang.tapi aku hanya bersabar.aku tahu,mesti ada senyuman yang tersirat disebalik kesedihan.sekarang aku hanya mengingati pesanan guru ku,'biar orang buat kita,jangan kita buat orang'.aku tahu bahawa pasti ada orang yang akan menyokong ku dari belakang.kawanku turut terlibat sama.tapi semuanya aku serahkan kepada Nya.aku ingin mengakhiri dengan sejuta senyuman.
Sunday, October 10, 2010
~kenangan indahku di SK Limpoon (1)~
apabila sebut sahaja pasal kenangan,anda semua pasti akan memikirkan kenangan yg pahit mahupun yg indah yg telah anda lalui.begitu juga aku.aku bersekolah di SK Limpoon (1) sejak berusia 7 thn hingga lah sekarang(12 thn).banyak kenangan pahit dan manis telah diriku lalui.mungkin kenangan pahit sudah ku lupakan,tapi segala kenangan manis aku bersama kawan2 ku dan guru2 ku pasti sukar utk dilupai.bermula dr thn 1(2005),aku mula mengenal ABC...123 dan lain2.pada thn 1 juga aku dilantik menjadi penolong ketua darjah dan aku mndapat kedudukan yg pertama di dlm kelas.pd thn 2 pula(2006),rasanya tidak banyak sangat kenangan manis sebaliknya menjadi perkara yg paling ku benci iaitu rakan sekelasku,budak lelaki,telah menghantar surat kpd ku.aku berasa sungguh geram dan marah.tetapi aku cuba melupakannya.thn 3(2007) aku dilantik sekali lagi menjadi penolong ketua darjah.aku juga sekali lagi mndpt tmpat pertama di dlm kelas.cerita pasal aku di thn 4(2008) pula.sedikit menggembirakan apabila guru melantik ku menjadi pengawas.pada masa itu juga,hanya aku seorang sahaja pengawas perempuan thn 4.mndpt tmpat pertama lagi.naik thn 5(2009),aku masih seorang pengawas tetapi pd thn itu aku tidak keseorangan,sebalik nya ada beberapa org rakan ku menjadi pengawas.tmpt pertama lagi.pd thn itu juga aku mndpt khabar angin mengatakan bahawa aku akan mnjadi penolong ketua pengawas pada thn hadapannya. khabar angin itu mnjadi kenyataan apabila pd thn 6(2010),guru memberi kepercayaan kepadaku utk aku meminpin murid2 di sekolah itu.aku dilantik mnjadi penolong ketua pengawas.aku berasa sgt gembira tetapi ada tanggungjawab yg besar perlu aku pikul.pd thn itu juga aku menduduki peperiksaan UPSR.ia sgt menggerunkan ku.guru2 ku menaruh harapan yg tinggi kpd ku.begitu juga keluargaku.aku tidak tahu sama ada aku dapat merealisasikan impian guru2 ku serta keluargaku.aku sangat berharap aku akan memperoleh keputusan yg cemerlang di dalam UPSR.sekarang,aku hanya perlu menunggu keputusan nya dan aku harus menumpukan perhatianku kpd peperiksaan sijil darjah enam agama(SDEA) pula.aku berharap aku dpt jawab dgn tenang dan meperoleh pangkat satu.
sekian sahaja coretan ku kali ini. (",)
*ayat x leh tahan*
sekian sahaja coretan ku kali ini. (",)
*ayat x leh tahan*
Subscribe to:
Posts (Atom)